15 pakej kerja Lebuhraya Pan Borneo dilaksana dalam RMK-11

KOTA KINABALU: Sebanyak 15 pakej kerja projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo akan terus dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) selepas penamatan syarikat Rakan Penyampai Projek (PDP) pada 21 September, tahun ini.Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Peter Anthony (gambar) berkata baki 20 pakej kerja bakal dilaksanakan pada RMK-12.Beliau berkata 12 pakej kerja lain dijangka disiapkan mengikut jadual pada Jun 2022. manakala tiga lagi pakej kerja hanya dapat disiapkan selewat-lewatnya menjelang akhir 2023.

“Kementerian Kerja Raya Malaysia mengambil alih projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah sebagai pemilik projek dan diserahkan kepada kerajaan negeri melalui Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah sebagai agensi pelaksana,” katanya.Beliau menjawab soalan daripada Datuk Limus Jury (Kuala Penyu) mengenai status projek Lebuhraya Pan Borneo dan sama ada ia akan disiapkan pada Jun 2022 seperti yang dipersetujui sebelum ini pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini, Selasa.Katanya, Kerajaan Negeri sebagai pelaksanaan baharu projek Lebuhraya Pan Borneo akan meneruskan pakej kerja 9,11,12 dan 13 yang membabitkan jalan dari Tuaran ke Kudat.

“Kesemua kontraktor projek juga mungkin akan dipilih semula, namun ia bergantung kepada kontraktor sama ada mereka mahu menerima tawaran terbabit,” katanya.Mengenai usaha menyediakan lebih banyak peluang kepada kontraktor kecil di Sabah, Peter berkata Kerajaan Negeri akan mewujudkan sebuah jawatankuasa dengan menggunakan kaedah pelaksanaan pra-kelayakan.Katanya, ahli-ahli jawatankuasa itu dipengerusikan oleh Setiausaha Negeri, yang terdiri daripada Setiausaha Kementerian Kewangan Sabah dan wakil-wakild aripada Kementerian Kewangan Malaysia, Kementerian Kerja Raya dan JKR Sabah.Bagaimanapun, katanya, kontraktor perlu berdaftar dengan Pukonsa Sabah Kelas A atau Kerajaan Negeri untuk menyertai tawaran tender.Beliau berkata demikian apabila menjawab soalan tambahan daripada Adun Pitas, Datuk Bolkiah Ismail.

PENGUMUMAN

APLIKASI

Google Play
Google Play